Friday, March 8, 2013

Kerja baru

Kerjaya: Sebenarnya banyak jenis kerja kita boleh cuba carik, tapi nak carik yang sesuai untuk kehendak dengan keperluan diri kita sendiri sememangnya agak susah nak kita dapat. Orang kata, biar pun kita ada kelayakan kat situ tapi nak masuk kerja dalam situ dengan tak ada pengalaman tanpa dengan bantuan orang dalam memanglah susah nak masuk. Sejak bulan Januari tahun ni aku dah pergi macam-macam interview, dan aku akhirnya letih sampai nak march ni. Aku terima panggilan semalam kerja KDE bahgian member registration. Terima jelah seadanya kerja yang dah aku pergi cuba. Aku akan masuk kerja hari isnin depan..bersyukur dulu apa yang ada.

Macam blur je masa first time interview orang tu kata aku muda ni dengan Puan Siti, sememangnya aku mengaku banyak lagi benda aku boleh belajar, dalam masa yang sama aku nakkan sesuatu yang lebih daripada tu, tapi bila kita memilih saja, cuba buat je apa yang dah kita dapat nanti kemudian apa salahnya lepas cuba, kemudian ada rezki lain yang ada lebih baik, insyaallah boleh pergi dengan selamat.

Pengalaman pertama berkerja dengan suasana Bank selama dekat setahun, sedikit sebanyak membantu diri aku. Cuba berani memulakan kerja, kena tanya orang bila tak tau buat, belajar berdikari.. Biar fikir dulu sebelum buat sedangkan masalah aku biasa lalui, selalu buat kerja ikut hati..memang susah..

Ps- Kerja start balik insyaallah isnin, apa2 yang akan datang, aku amik je dulu..rasa tak kena mungkin aku fikir kan kemudian.


Tuesday, February 19, 2013

life 2013

Assalamualaikum,

Lamanya tak taip entry diary. Aku dah habis belajar, dah habis kerja setahun ngan RHB bank.

Kerjaya: Kerja tu pon kontrak dan aku malas nak teruskan minat wat kerja calling dan bukan satu passion untuk aku. Awal bulan Januari banyak sungguh interview aku cuba, tapi tak ada yang melekat untuk dapat yang kerja betul-betul. Rasanya dalam seminggu tu 3-4 kali aku cuba. Cuba kau kiranya total sebulan kau dah pergi interview berapa kali memang lebih 10 kali. Aku anggap masih tak bernasib baik lagi. Tawakal ngan usaha je dulu bahagian kerjaya. Ada rezki insyaallah dipermudahkan

Hidup kewangan: Aku cuba disiplinkan diri, beli barang mana yang perlu dan jangan boros. Selagi boleh menabung/belanja dulu memang aku simpankan je duit.

Cinta: Cinta pertama hati aku yang berani aku teruskan dah bermula sejak tahun lepas. Aku tengah mengenali isi hati budi seorang lelaki muda. Umur 2thn muda daripada aku. Bukannya aku sengaja nak berkawan dia main-main, tapi aku memang serius. Dalam masa yang sama aku cuba fikirkan apa yang terbaik antara aku dengan dia. Mohon doa biar yang terbaik untuk kami bersama insyaAllah. Selain daripada tu, aku dah banyak usaha untuk dapatkan kerja..si dia, masih belajar di UIA. Aku cuba jugak pertahankan diri dan bersama bagaimana untuk teruskan semangat mencari pasangan hidup bersama. Masa berkenalan dengan serius haritu 7hb Octo 2012, sekarang nak masuk 4-5bln.. Alhamdulillah bila bercinta banyak ajar aku erti bersabar. Tp ada masa tu aku rasa dia gatal, tu yang aku risau

-Rajin lagi aku update entry