Friday, March 8, 2013

Kerja baru

Kerjaya: Sebenarnya banyak jenis kerja kita boleh cuba carik, tapi nak carik yang sesuai untuk kehendak dengan keperluan diri kita sendiri sememangnya agak susah nak kita dapat. Orang kata, biar pun kita ada kelayakan kat situ tapi nak masuk kerja dalam situ dengan tak ada pengalaman tanpa dengan bantuan orang dalam memanglah susah nak masuk. Sejak bulan Januari tahun ni aku dah pergi macam-macam interview, dan aku akhirnya letih sampai nak march ni. Aku terima panggilan semalam kerja KDE bahgian member registration. Terima jelah seadanya kerja yang dah aku pergi cuba. Aku akan masuk kerja hari isnin depan..bersyukur dulu apa yang ada.

Macam blur je masa first time interview orang tu kata aku muda ni dengan Puan Siti, sememangnya aku mengaku banyak lagi benda aku boleh belajar, dalam masa yang sama aku nakkan sesuatu yang lebih daripada tu, tapi bila kita memilih saja, cuba buat je apa yang dah kita dapat nanti kemudian apa salahnya lepas cuba, kemudian ada rezki lain yang ada lebih baik, insyaallah boleh pergi dengan selamat.

Pengalaman pertama berkerja dengan suasana Bank selama dekat setahun, sedikit sebanyak membantu diri aku. Cuba berani memulakan kerja, kena tanya orang bila tak tau buat, belajar berdikari.. Biar fikir dulu sebelum buat sedangkan masalah aku biasa lalui, selalu buat kerja ikut hati..memang susah..

Ps- Kerja start balik insyaallah isnin, apa2 yang akan datang, aku amik je dulu..rasa tak kena mungkin aku fikir kan kemudian.