Friday, March 8, 2013

Kerja baru

Kerjaya: Sebenarnya banyak jenis kerja kita boleh cuba carik, tapi nak carik yang sesuai untuk kehendak dengan keperluan diri kita sendiri sememangnya agak susah nak kita dapat. Orang kata, biar pun kita ada kelayakan kat situ tapi nak masuk kerja dalam situ dengan tak ada pengalaman tanpa dengan bantuan orang dalam memanglah susah nak masuk. Sejak bulan Januari tahun ni aku dah pergi macam-macam interview, dan aku akhirnya letih sampai nak march ni. Aku terima panggilan semalam kerja KDE bahgian member registration. Terima jelah seadanya kerja yang dah aku pergi cuba. Aku akan masuk kerja hari isnin depan..bersyukur dulu apa yang ada.

Macam blur je masa first time interview orang tu kata aku muda ni dengan Puan Siti, sememangnya aku mengaku banyak lagi benda aku boleh belajar, dalam masa yang sama aku nakkan sesuatu yang lebih daripada tu, tapi bila kita memilih saja, cuba buat je apa yang dah kita dapat nanti kemudian apa salahnya lepas cuba, kemudian ada rezki lain yang ada lebih baik, insyaallah boleh pergi dengan selamat.

Pengalaman pertama berkerja dengan suasana Bank selama dekat setahun, sedikit sebanyak membantu diri aku. Cuba berani memulakan kerja, kena tanya orang bila tak tau buat, belajar berdikari.. Biar fikir dulu sebelum buat sedangkan masalah aku biasa lalui, selalu buat kerja ikut hati..memang susah..

Ps- Kerja start balik insyaallah isnin, apa2 yang akan datang, aku amik je dulu..rasa tak kena mungkin aku fikir kan kemudian.


Tuesday, February 19, 2013

life 2013

Assalamualaikum,

Lamanya tak taip entry diary. Aku dah habis belajar, dah habis kerja setahun ngan RHB bank.

Kerjaya: Kerja tu pon kontrak dan aku malas nak teruskan minat wat kerja calling dan bukan satu passion untuk aku. Awal bulan Januari banyak sungguh interview aku cuba, tapi tak ada yang melekat untuk dapat yang kerja betul-betul. Rasanya dalam seminggu tu 3-4 kali aku cuba. Cuba kau kiranya total sebulan kau dah pergi interview berapa kali memang lebih 10 kali. Aku anggap masih tak bernasib baik lagi. Tawakal ngan usaha je dulu bahagian kerjaya. Ada rezki insyaallah dipermudahkan

Hidup kewangan: Aku cuba disiplinkan diri, beli barang mana yang perlu dan jangan boros. Selagi boleh menabung/belanja dulu memang aku simpankan je duit.

Cinta: Cinta pertama hati aku yang berani aku teruskan dah bermula sejak tahun lepas. Aku tengah mengenali isi hati budi seorang lelaki muda. Umur 2thn muda daripada aku. Bukannya aku sengaja nak berkawan dia main-main, tapi aku memang serius. Dalam masa yang sama aku cuba fikirkan apa yang terbaik antara aku dengan dia. Mohon doa biar yang terbaik untuk kami bersama insyaAllah. Selain daripada tu, aku dah banyak usaha untuk dapatkan kerja..si dia, masih belajar di UIA. Aku cuba jugak pertahankan diri dan bersama bagaimana untuk teruskan semangat mencari pasangan hidup bersama. Masa berkenalan dengan serius haritu 7hb Octo 2012, sekarang nak masuk 4-5bln.. Alhamdulillah bila bercinta banyak ajar aku erti bersabar. Tp ada masa tu aku rasa dia gatal, tu yang aku risau

-Rajin lagi aku update entry

Monday, November 22, 2010

kepenatan

salam.

semalam memang tak lekat rumah. mama semakin rajin berjalan. kami ke kota KL. oke ada tujuan, sebenarnya aku di temani mama, dan akram ke klinik, pegi klinik pakar kulit mohd noh, seawal jam 8 pagi bersiap. pastu keluar rumah. mama drive kereta, kami mencari kekosongan parking dan rezki akhirnya ada rupa-rupanya disitu parking kosong, letak coins rm2.40, expired jam before 11.54. oke terus jalan :) hati gembira, masuk klinik as first patient.
aku mmg dah berniat pegi klinik kulit muka, sebab muka asik berjerawat cuba tanya doktor.

lastly cek appointment around 9. 940 am baru masuk jumpa doktor yang sudah lapan tahun tak ketemu. aku pernah pergi klinik since sekolah dulu muka mmg teruk berjerawat teruk. tak pandai bergaya, tak kelihatan cantik berseri dan sering ada penyakit kulit. teruk jugak, tapi tak berterusan jumpa doktor klinik pakar kulit mohd noh berenti buat cek appointment sampai takat form 2 saja.

sekarang tetiba mak aku ajak, takkan la aku nak nolak jumpa doktor nak cantikkan kulit muka. semuanya sama saja rawatan dia back to basic,masalah kulit berpunca dari fakta kulit, hormon dalam badan aku tinggi. hormon endostregen tinggi, katanya kulit muka berenti berjerawat sehingga umur 26 tahun, aku ingatkan sesudah habis umur 18 tahun. total cost pegi klinik around RM145.

aku teman mama carikkan kain and lace sekitar KL. kaki agak panas, jalan ke sana dan sini. bila di temani akram, aku rasa mama tak payah lah nak rajin berjalan sambil beli barang kesukaan beg bonia, beg gucci. pejam mata shudahh. len kali kita pegi.

motif terakhir pegi KL lepas aku cek kulit muka ialah amik ps2 akram yang dah direpair kat SEMUA house. total cost RM180. then,
mama ada belanja makan minum pastu mama beli alat perhiasan diri ala-ala pin berjuntai around RM80. memang glam kalo pakai pin berjuntai ni ye mmg cantik-cantik belaka.

lepas habis semua hajat, kami pulang. tapi bukan pulang rumah berehat. mama amik call bertanyakan kad kredit Maybank. so, to settel the Maybank card needs to be at the center maybank. maybank kat KLCC, rushhing pegi KLCC lepas solat zohor pastu singgah Ampang point hantar bungkusan ubat dan duit nenek. jalan-jalan around ampang point beli shirts. mama beli kain kat gulati's depan ampang point.

pastu balik. cuba kira berapa tempat sudah pegi jalan. balik penat! tapi fun.
ada jugak kerja kao kan...lupa nak cerita, last few days mama and me pegi ampang point hari ahad and saya dapat barang baru,sudah beli satu hp Nokia rm370 at ampang point. pi trade in handphone lama tolak rm50. harga asal nokia x3 -RM420 tapi dapat RM370. TQ so much to mama bak. ini pic hp x3 nokia :


merasa jugak nk hp baru

shudah penat cerita penat, tidur terus kat dpn tv semalamm tgk muzik-muzik semi anddddd yuna made it through final. hopes you win.
bye

Thursday, November 18, 2010

Perasaan sendiri


hari ni aku rasa pelik. aku tadek la bubuh guna-guna orang nak belanja aku kat facebook kalo kita kenal. aku terasa musykil ntah hari ni.

aku online kat facebook pepagi la camtu pastu status chat tgh on kaler hijau, aku tak expect ada kawan lelaki dgn facebook nak chat so aku layankan ajer.

first feel yang aku rasa, aku tak kenal kao la budak. aku tak sama baya ngan kao. aku tak rasa kita patut berjumpa atau keluar ke hapa. sori to said i'm sori. aku pon tak faham camna dia detect aku tengah cuti pastu men ajak aku keluar sesuka hati. aku bukan jenis sosialaa apa kata kao ajak kawan-kawan kao lagi bagus tau

* gua tak reti crop sebaiknya, nak tgk pls klik

aku tolak tawaran budak ni nk ajak tgk wayang, budak tu age 20, aku 22 der. aku tgh bukak resepi muffin pastu dia dok hallo2, kesian pon ada, lagi pon aku ni cuti. layan kan jelah cuti. aku directly tak sampai hati nak tolak ajakan beliau tapi aku mengaku terus aku tak berani keluar ngan orang yang baru kenal.
memang perlu tuk berjaga-jaga kan. hidup tak semestinya indah.

aku kata baik-baik ngan dia nex time ajalahh, aku mmg tak kluar hari ni. padahal amik alasan tak keluar ngan budak-budak. aku di ajak nengok movie rapunzel kat the curve, aku bagi alasan mm mmg tak penah pegi sana dan dia jawab trus dia nak amik kat rumah. wahh, baik hati dia kan. tapi ai have to ignore your invitation dik. nex time ok.

tapi aku keluar rumah jugak ye, a date. hari ini aku pergi jumpa friends, a sepesel friends supposedly. sebenarnya patut jadi a date tapi it turns out just like biasa and whatever.




dijanji pukul 2pm time tapi aku bagitahu dia pukul 2 lbh and aku ajak sorang kawan laa yg ku sayang kakak sya teman, tadekla nervous weyy, tapi sebenarnya bosannye sebab bila jumpa date:

-dah la lama menunggu dia sampai kat time square, around 320 camtula and ends 4.40
-kena tunggu dia keluarkan duit plak kat mesin atm
-mahu makan sedap tapi makanan macam kat kedai mapley, makan kat marrybrown kot nama tmpt tu first time ngan tak best, oder fish ngan french fries share ngan kakak sya and milo es
-berbual macam gaya lecturer and aku student beliau
-dia nasihat dgn gaya yg menakutkan hidup kat luar susah bila dah kerja
-bila dia nak balik taksempat nak bye2 directly jumpa lagi
-dia pegi tandas terus bye2, aku tak sempat tgk dia for the first & last.


adios. nak carik sepesel baik kao fokus study pastu carik kerja elok-elok, pastu baru carik yang istimewa pilihan hati.

aku frust jugak try sorang-sorang member temankan aku keluar semata-mata nak jumpa ngan date a friend ni, date saya namanya sheikh afiq dan berkenalan melalui facebook.

orangnya bersahaja, tadek style mcam penyanyi bi rain mahupun noh hujan, tapi berpelajaran tinggi. mmg saya salute, tapi tak perlu la mencari kekurangan kehidupan saya tengah becuti atau susahnya mencari kerja kat luar mana, rezeki ada kat mana2 kalau kita usahakan ye dak.

aku cuba tanya kawan aku dok teman la kan aku ni tak biasa jumpa kawan laki2 baru kenal one-on-one, so aku tanya fasha first-first,umai and ili. semua reject ada je alasannn.

alhamdulillah last choice is kak syaza. thanks for the day and you are my saviour oke. aku rasa kalao aku tadek teman mmg aku akan cancel date bedua weyyy.
  1. dan aku belajar something "Nilai suatu persahabatan sebenarnya dilihat daripada ketulusan hati dan kesanggupan kita berkorban untuk orang lain"
pastu berani berdepan apa sahja risiko akan datang oke.

balik rumah je lepas date tu singgah beli biskut aunty tu, aku beli bawak balik bagi mama makan, pastu hujan yang sangat lebat buat aku bersedih memanjanggggggg, tatahu kenapa terasa sgt.

tapi aku menangis fikir dan muhasabah pada diri sendiri, kenapa bila kita nak kan benda tu tapi kita susah sangat nak dapat-dapat. maksudnya situ, Allah nak uji hambanya dari segi mental ngan fizikal.

outcome lepas date :

- aku sedar siapa lah aku, kawan sebenar akan bantu kita bila kita rasa dia ikhlas nak tolongkan
- aku sedar tak perlu la date-date



so banyak perasaan yang bergelodak kat hati ni tapi tak de la nak letup.
aku menangis, doa pada Allah luluskan exam lepas, permudahkan setiap urusan kat dunia & akhirat ku. AMIN.

selamat malam. sepatutnya diari khamis tapi sudah jadi diari jumaat.
bye

Tuesday, November 16, 2010

wish selamat hari raya aidil adha

selamat hari raya aidil adha pada semua rakyat jelata, yang balik kampung jauh ke tak jauh mana ke, sila memandu dengan cermat.

aku beraya di Ampang, raya kl, buat famili dan rakan tercinta, ingat-ingatlah orang tersayang dan mari bagi saya makanan lauk pauk di hari raya.

oke, raya macam tak best raya ala-ala raya Aidil fitri, bak raya kat yemen, kami masih beraya kat sini-sini sakan, best tak best layan saja la ye. aku dah wish selamat hari raya sbb rindu yang tersemat dalam jiwa dan raga, aku updet status facebook tuk bak sahja sana.
lagipun raya kat yemen, arab dah stat raya kan sehari lagi awal dari malaysia.

raya ke tak, raya jugak la kan. semalam, aku keluar dgn geng sekolah tengok wayang cerita Skyline. movie yang tak menarik, sedikit kecewa sebb tak rasa cerita yang berbaloi patut tengok. tapi aku keluar sebb nak jumpa kawan sekolah and spent time with them.

so have a nice day raya.
selamat hari raya aidil adha tomorrow :) tunggu daging sampai rumah

Sunday, November 14, 2010

ipah datang rumah

oke ahad, pls jeles dengan saya.

aku sudah keluar jalan-jalan ngan sedara hari ni ye berjoli, plan mmg tgk wayang je ye.
lepas pegi pasar tani pegi kelas ustaz ishak din pepagi jam 9 siap-shiap pegi ngan mama, akram and ipah. ipah ni sedara aku asal orangnya kat pontian, johor. dia dok kl shah alam nowadays, kerja kl. cuti ahad dia dah pon datang melawat rumah aku akhirnya takdela bosan nya sangat. lepak ngan aku cuti ahad ni pon sebab aku nak jumpa dia, plan nak tgk wayangkan. akhirnya berjaya jugak. syukur.


kami tengok wayang cerita unstoppable.




cerita psl train tak nak benti2 disebabkan kesilapan seorang pekerja bahalul,ups pekerja Dewey dia tak jaga train sebb tu train bergerak tanpa penumpang. pastu ada la hero 2 org kat citer tu as main actor. mestila ada hero kan.

oke
thank you sebb ipah ada dtg rumah, nnti je jumpa lagi time raya haji hari selasa, rabu.

Bye

Saturday, November 13, 2010

kerana BB cream



hari ni terasa amat sakit perut. bangun pagi online pastu pegi jamban. aku sempat timbang berat badan dah naik sekilo. 54kg, mmm tak cool.

aku bangun pagi makan nasi lemak pagi-pagi yey.
pastu tidor balik. oke tak cool. aku online seharian.
mamma ada ajak pegi teman kan mama kat wangsa walk mall.
aku dah follow mama dengan harapan mama pls belanjakan dayah nanti satu BB cream Maybelline satu.

oke aku follow mama,mama beli dress total hot dan mahal. dress black mmg kain sutera around rm310.
oke tu hak mama. aku ada hajat sebelum tu nak pegi temankan mama kat luar nak beli BB cream, its make up foundation. sedap hati je tgk kat tv tapi tak beli-beli..apa kata kita try beli nanti. yes suda belik.


8 in 1:
Maybelline says this is because of healthy skin results based on an eight week clinical skin evaluation:
more smoothness, more radiance, more hydration (this one is based on a four week test only), improved clarity, less dark spots, less redness, pore size reduction and better appearance.


harga rm22.90

oke sudah beli mesti pakai, so nanti boleh nampak cool oke se cantik macam skin yuna, oh how hopefully saya sendiri ntuk ada kulit muka macam kulit muka yuna.



yuna. you are my sister which i wish you to be my sister :)
pls BB cream, because of you i already buy that cream to get a good perfect match skin.

bye